Friday, December 11, 2015

MACARONI PIZZA

MACARONI PIZZA
Boleh jer pelbagaikan makaroni ni...ini antaranya..jadi makaroni pizza..sedap wehh...


Bahan:

A
1 bungkus makaroni pasta yang direbus dengan sedikit minyak. Rebus hingga lembut dan toskan.

B
1 kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
1 tin cheese & herbs jenama prego (tin kuning)
(Bahan B - panaskan butter, masukkan susu, tepung dan 1 tin cheese & herbs-kacau sekata hingga mendidih-tutup api)

C
1 bungkus daging cincang Ramly (saya lebih suka guna daging)
1/2 bungkus bebola daging jenama Nada (kalau tak nak letak pun tak apa)
1 labu bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya
kepingan cheddar cheese secukupnya (jika suka)
sos tomato
sos cili


Cara:

1) Rebus makaroni pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2) Masak bahan B dengan api perlahan. Kacau hingga sebati dan naik wap 
3)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam, cendawan hiris, garam secukup rasa dan masukkan makaroni pasta yang telah direbus. Kacau sekata dan kemudian masukkan bahan B , dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati.Kuah akan menjadi pekat sedikit. Tutup api, jangan biarkan kuah menjadi kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan makaroni pasta tersebut kedalamnya dan letakkan sos tomato dan sos cili..ratakan sos tersebut dan tabur mozarella. Jika suka kepingan daging peperoni  
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.

MACARONI MEATBALL

MACARONI MEATBALL



Hari ni malas betul nak masak. Sarapan pun tak buat..anak-anak leka main gadjet masing-masing..tak sibuk cakap lapar pun...mama pun sibuk siapkan kerja...dah pukul 11.30 pagi baru imran bersuara lapar.. jom ke dapur tengok apa yang boleh dimasak dan disukai anak-anak..nahh ni dia....





                           



Bahan:

A
1 bungkus makaroni pasta yang direbus dengan sedikit minyak. Rebus hingga lembut dan toskan.

B
1 kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
1 tin cheese & herbs jenama prego (tin kuning)
(Bahan B - panaskan butter, masukkan susu, tepung dan 1 tin cheese & herbs-kacau sekata hingga mendidih-tutup api)

C
1 bungkus daging cincang Ramly (saya lebih suka guna daging)
1/2 bungkus bebola daging jenama Nada (kalau tak nak letak pun tak apa)
1 labu bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya
kepingan cheddar cheese secukupnya (jika suka)

Cara:

1) Rebus makaroni pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2) Masak bahan B dengan api perlahan. Kacau hingga sebati dan naik wap 
3)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam, cendawan hiris, garam secukup rasa dan masukkan makaroni pasta yang telah direbus. Kacau sekata dan kemudian masukkan bahan B , dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati.Kuah akan menjadi pekat sedikit. Tutup api, jangan biarkan kuah menjadi kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan makaroni pasta tersebut kedalamnya dan tabur mozarella. Jika suka lapiskan dengan kepingan cheddar cheese
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.


                                   


CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI...SELAMAT MENCUBA












Friday, September 18, 2015

BAKED SPIRALS CARBONARA NEEZ'S STYLE

BAKED SPIRALS CARBONARA NEEZ'S STYLE

                         
Hari ni kemalasan melanda..saya masak jer pasta yang ada..kebetulan yang ada cuma spiral pasta ni aje....nak goreng biasa  macam malas pulak..sebut jer carbonara, anak-anak riang gembira....apalagi..mama pun dengan gembiranya terus merebua spiral ni...jomlah tengok cara mudah saya....



Bahan:

A
1 bungkus vegeroni spirals pasta (saya suka guna pasta jenama San Remo)

B
1/2  kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 tin sos carbonara jenama prego (tin biru)

C
1 bungkus daging Ramly 
1 labu bawang besar potong dadu
1/2  biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya
2 keping chesdale - dihiris (Ini tak letak pun boleh- ikut citarasa)

Cara:
1) Rebus spiral pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam,  garam secukup rasa, masukkan sos carbonara, susu dan kemudian masukkan spiral pasta yang telah ditoskan. Kacau sekata dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati. Tutup api, jangan sampai terlalu kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan spiral pasta tersebut separuh dan tabur chesdale yang telah dihiris, tutup dengan baki spiral selebihnya dan taburkan mozarella ke atasnya.
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.

                  CEPAT, MUDAH DAN ENAK DIMAKAN
     JOM CUBA...

BAKE PENNE PASTA NEEZ'S STYLE

BAKED PENNE PASTA NEEZ'S STYLE

Kalau dah jemu makan nasi, mungkin boleh mencuba resepi pasta yang boleh dipelbagaikan ikut citarasa kita.  Jom tengok cara saya buat pasta yang mudah dan sedap..inshaaAllah.. Anak-anak saya cukup sukakannya....Pasta penni ni boleh jer diubahsuai guna makaroni.  Asalnya pun baked makaroni tapi sebab pasta elbow takde, maka saya gunakan penne pasta ni...





Bahan:

A
1 bungkus penne pasta yang direbus dengan sedikit minyak. Rebus hingga lembut dan toskan.

B
1 kotak besar susu segar (kalau tak ada susu segar- boleh juga juga gunakan susu low fat atau full cream- saya biasa gunakan jenama Dutch Lady)
1 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung
1 tin cheese & herbs jenama prego (tin kuning)

C
1 bungkus daging/ayam cincang Ramly (saya lebih suka guna daging)
1 labu bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji capsicum potong dadu
sedikit oregano
minyak zaiton untuk menumis
sedikit lada hitam tumbuk kasar/yang telah siap dikisar kasar
garam secukup rasa
mozarella secukupnya

Cara:

1) Rebus penne pasta dengan sedikit minyak hingga lembut dan toskan
2) Masak bahan B dengan api perlahan. Kacau hingga sebati dan naik wap
3)  Tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging cincang dan kacau sekata, kemudian masukkan lada hitam, cendawan hiris, garam secukup rasa dan masukkan penne pasta yang telah direbus. Kacau sekata dan kemudian masukkan bahan B , dan akhir sekali capsicum dan oregano, kacau lagi perlahan-lahan hngga sebati.Kuah akan menjadi pekat sedikit. Tutup api, jangan biarkan kuah menjadi kering.
4) Sediakan bekas tahan bakar/bekas aluminium, masukkan penne pasta tersebut kedalamnya dan tabur mozarella.
5) Bakar 180 darjah hingga mozarella kekuningan.
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang. Makan panas-panas lebih terasa keenakannya.

SENANG JER KAN...SELAMAT MENCUBA


CARROT CAKE

CARROT CAKE

Sempena ulang tahun kelahiran ke 47..buat kek untuk diri sendiri..takde orang nak sponsor..kesiannya...Tapi untuk yang nak cuba buat, sila lihat resepi di bawah..memang sedap kek ni..




Bahan-bahan ( 9 inci )
Kek

11/4 cawan minyak jagung
4 biji telur gred B
120 gm gula kastor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang dan panggang sebentar
250 tepung kek/ superfine/high ratio (teksture berbeza mengikut jenis tepung)
1 tsp soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis (boleh lebihkan ikut suka)
11/2 cawan karot yang telah disagat/diparut
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar susu pekat manis


Cara:

1)  Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam, kaup balik dengan menggunakan senduk kayu 

2) masukkan carrot, raisins. gaul sebati.

3) Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati

4) masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5)  gunakan lidi untuk pastikan kek masak.  Apabila kek masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. Apabila kek sudah sejuk, bolehlah disapu dengan cream cheese dengan penuh kasih sayang...                     

Cream Cheese Frosting

250 gm cream cheese + 4 sudu besar gula kastor + 2 sudu kecil  perahan lemon)
(Kalau suka cheese banyak boleh lebihkan sukatan- ikut citarasa manis dan masam)




CARAMEL CHEESE CAKE


CARAMEL CHEESE CAKE

Ribuan terima kasih kepada yang memberi sokongan.








Thursday, April 23, 2015

PUDING DIRAJA

PUDING DIRAJA
Alhamdulillah...jadi jugak buat puding yang sedap ni..patut ler namanya puding raja. Permintaan dari suami menyebabkan kegigihan ini..Jom kita kongsi bersama agar rahmat Allah sentiasa mengiringi kita..



Bahan asas:
1 ikat pisang lemak manis
minyak masak & minyak sapi
kacang gajus (digoreng)
ceri merah/hijau
buah prune- hiris

Cara:
1) Goreng pisang dalam minyak masak yang dicampur dengan 2-3  sudu minyak sapi
2) Susun pisang di dalam bekas

Bahan Jala Emas:

1) 7 biji telur
2) 2 senduk gula
3) 2 cawan air

Cara:
1) Pukul telur dengan garfu dan tapis
2) Masak gula dan air dalam kualisampai menggelegak
3) Jalakan telur tersebut di dalam air gula tersebut
4) Toskan jala emas tersebut

Bahan: Kuah:
1 tin susu cair
3 biji kuning telur
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut suka kemanisan)
daun pandan
esen vanila

Semua bahan ini ditapis dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih.


Penyediaan akhir:
1) Setelah pisang disusun, taburkan jala emas di atasnya, dihiasi dengan gajus, ceri dan prune
2) Apabila hendak makan,curahkan kuah di atasnya dan hidang dengan kasih sayang
3) Ahhhh..rasakan kenikmatan kasih sayng anda....

Selamat Mencuba dan mencuba

TAKO JAGUNG

TAKO JAGUNG
Bahan Atas:
8 cawan santan
3/4 cawam tepung jagung + 1/4cawan  tepung beras = (1 cawan)
sedikit garam
daun pandan-rebus sikit untuk bau pandan) -rebus dengan air untuk campur dengan santan tersebut

1 tin jagung krim

Bahagian Bawah:
6 cawan santan
3/4 cawan tepung jagung + 1/4 cawan tepung beras =(1 cawan)
pewarna hijau
daun pandan-rebus sedikit untuk bau pandan

Cara:
1) Masak semua bahan dan kacau hingga mendidih dan pekat
2) Masukkan bahagian bawah dahulu
3) Letakkan jagung krim di tengah
4) Masukkan lapisan atas
5) Sejukkan dan hidang dengan kasih sayang