Sunday, March 31, 2013

DINNER CLASSIC ROLL

DINNER CLASSIC ROLL

Roti yang ni sedap gak kalau dimakan begitu sahaja sebab manis..tapi dalamnya boleh letak inti apa2 yang kita suka.....




THE MAKING OF DCR



Bahan:
1 cawan air + 1 biji telur ( bagi penuh air + telur)
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung roti/high protein
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
2 sudu teh yis kering

Bahan sapuan:
1 biji telur
1 sudu besar air

Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam doh
3) Bahagikan doh kepada 18 bahagian dan bulatkan. Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat
4) Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. Lebih baik tutupkan. Saya tutup dengan kertas minyak aje. 
5) Biarkan doh dalam 30 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda
6) Sapukan telur ke atas doh dan bakar 180 darjah selama 10-15 minit atau hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...
DINNER CLASSIC ROLL



No comments:

Post a Comment