Wednesday, November 23, 2022

Agar-agar Gula Melaka

AGAR-AGAR GULA MELAKA

Imran minat sangat agar-agar gula melaka. Selalu suruh buat tapi mama tak sempat. Tapi hati ibu...mesti teringat..ada kesempatan balik kerja tak duduk pun..terus jer ke dapur dan buat. Alhamdulillah...boleh la cuba ye. Doakan saya sihat dan imran berjaya jadi anak soleh cemerlang dunia akhirat.





A

Gula Melaka + 1 cawan air + 

1 helai daun pandan- masak & tapis

B

1 bungkus agar-agar tali

5 cawan air

1 cawan gula pasir (ikut citarasa manis)

sedikit gula batu

C

1 kotak santan kara/200 ml

1 biji telur

sedikit garam

Wednesday, July 21, 2021

MUSHROOM SOUP

 

🍄🍄Neezskitchen Shitake Mushroom Soup

🍄🍄 

Kentang 3 biji besar 

1 labu bwg holand 

5 bawang putih (saya suka bwg putih byk)

 3/4 butter 1 tin susu cair Lada hitam tumbuk ( dlm 1 sudu besar-kalau tak nak pedas kurangkan )

1 bungkus cendawan shitake kering -rendam, buang tangkai ( guna cendawan fresh shitake pun boleh)

Garam Oregano Parsley

 🍄Tumis bawang dgn butter, letak air sikit, masukkan kentang dan cendawan, biar sampai empuk. 

🍄Dah agak sejuk-blend tambah air sikit 

🍄Masuk dlm periuk, tuang susu cair, masuk lada hitam, garam , oregano, parsley 

🍄Adjust kepekatan-boleh tambah air

 🍄Masak sampai mendidih 

🍄Hidang dengan kasih sayang🍞🥖💕

Friday, June 25, 2021

WINDSOR BREAD

 WINDSOR BREAD

Jom cuba buat roti ni..sedap gebuss.





Bahan:

330 gm tepung roti/high protein

200 ml susu segar

30 gm gula

10 gm susu tepung

2 biji kuning telur

3 gm/1 tsp yis kering

25 gm unsalted butter

Sedikit garam

Sedikit K Fine (utk bagi lebih lembut)

Gula ising untuk tabur








Wednesday, June 23, 2021

SWEET BUN GARLIC

 SWEET BUN GARLIC

Ini roti bun manis biasa, cuma tengahnya, saya potong dan letakkan garlic spread buatan sendiri.Kemudian parutkan cheddar cheese di atasnya. Untuk yang bentuk bujur ini, perlu digelek doh tersebut dan gulung. Kalau yang bulat tu tak perlu, cuma bulatkan seperti biasa sahaja. Makan roti ini dengan sup cendawan shitake ...memang sedap apatah lagi makan panas-panas. Dalam gambar ada resepi untuk garlic spread manakala resepi sup cendawan ada pada gambar akhir sekali.





Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Untuk bentuk bujur, doh tersebut perlu digelek dahulu dan kemudian digulung. 
4) Tunggu hingga naik seganda , kemudian digunting tengahnya dan sapukan garlic spread dan parutkan ceddar cheese di atasnya. Seterusnya bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.











POPIA AYAM CARBONARA

 POPIA AYAM CARBONARA

Saya jarang buat popia. Tapi kali ini saya cuba-cuba...memang menjadi. Alhamdulillah. Terasa sangat sedap...




SAGU SUM SUM

 SAGU SUM SUM

Enaknyaaaaa.....resepi pada gambar akhir.









                             

ROTI KACANG MERAH

 ROTI KACANG MERAH

Untuk roti ini saya bentukkan lain pula. Resepinya sama sahaja menggunakan doh bun manis, cuma bentuk berlainan. Doh 50 gm. inti 30 gm.




Bahan:
500 gm tepung roti/high protein
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
bijan (pilihan untuk hiasan)

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Bentukkan bulat dengan penuh kasih sayang. Letakkan inti kacang merah di tengah, katupkan doh. Gelek doh berisi inti tersebut , hiris serong jangan sampai putus dan kemudian gulungkan memanjang. Boleh masukkan dalam paper cup yang sesuai. 
4) Tunggu hingga naik seganda, sapukan dengan susu segar, tabur bijan (pilihan) bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.