Tuesday, August 6, 2019

ROTI PANDAN KASTARD

ROTI  PANDAN KASTARD
Macam sedap pulak nak buat roti kastard ni...Resepi rotinya ikut sahaja mana-mana resepi roti manis.


Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
emulco pandan secukupnya

Cara: 
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
Bentukkan ikut suka dengan penuh kasih sayang, boleh letak pelbagai jenis inti. Untuk roti ini, tabur gula pasir di atasnya dan parutkan cheddar di atasnya. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.








No comments:

Post a Comment