Friday, June 13, 2014

LEMPENG & RENDANG

LEMPENG  & RENDANG
Inilah lempeng..makanan yang sering dimasak oleh arwah mak untuk sarapan masa kami kecil dulu,,huhuhu...sedihh..nostalgia....tak leh tulis banyak banyak..nanti meleleh air mata...

Lempeng sedap dimakan dengan apa sahaja...sambal tumis, rendang, kari,sardin, serawa, dan juga blendrang (istilah yang digunakan oleh orang jawa untuk lebihan daging kenduri dan dipanaskan banyak kali), 

JOM BUAT....JANGAN DILUPAKAN MAKANAN TRADISI KITA....

LENGKONG

LENGKONG
Bahan/Cara:

1 paket agar agar
gula secukup rasa
pewarna merah
sedikit gula batu
air 3 gelas besar- boleh tambah air panas kalau nampak agak pekat
Rebus agar-agar dengan air
Setelah mendidih, masukkan gula pewarna dan gula batu. Gula batu boleh membantu menjadikan agar-agar keras sedikit jika terlebih air
Kacau perlahan dan angkat, masukkan dalam loyang dan sejukkan
Apabila telah keras bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....

TAMBAN CILI

TAMBAN CILI
Ada yang suka ikan bilis tamban?? Goreng dengan cili api dan bunga kantan..perghh memang sedappp...

Bahan
Ikan bilis tamban- basuh dan goreng garing
1 labu bawang besar
cili api secukupnya-kalau nak pedas letak banyak
cili merah
cili hijau
bunga kantan

Cara:
1) Hiris semua bahan dan tumis
2) Masukkkan ikan bilis tamban, kacau sekata dengan kasih sayang
3) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...

KOBIS KICAP

KOBIS KICAP
Malam ni makan kobis goreng kicap..hmm sedap ..perut lapar....nasi panas...perghhh..layann


Bahan:
1 labu kecil bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis kecil permata biru
kicap cap kipas udang
sedikit garam
Kobis kecil
Tomato mini
sedikit air panas

Cara:
1) Hiris semua bahan
2) Tumis bawang besrm bawang putih, ikan bilis hingga naik bau..masukkan kicap. campurkan sedikit air panas
2) Masukkan kobis dan tomato, kacau sekata, jangan terlalu lama
3) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..

Senang kan..

Friday, June 6, 2014

JEMPUT-JEMPUT BILIS

JEMPUT-JEMPUT BILIS
Hahaha...ini pun nak masuk entry...hishhh mestilah supaya kuih warisan ni tak dilupakan oleh anak cucuku kelak...inilah yang sedap dimakan tak kira masa dan ketika apalagi kalau masih panas-panas, cicah dengan sos cili....minum teh o....lebih lagi kalau hujan..makkk aiiii...meletoppss

Bahan/Cara:
3 atau 4 cawan epung gandum
segenggam bilis ditumbuk
sebiji bawang besar potong dadu
sebiji kentang potong dadu
sebiji telur
garam secukup rasa

Campurkan aje semua bahan dengan penuh kasih sayang dan gaul sebati hingga boleh dijemput. Jangan lah cair sangat atau keras sangat....
Panaskan kuali, jemputlah dengan tangan adunan masuk ke kuali, nak guna sudu pun boleh tapi kurang umphhh laa..kena guna tangan supaya rasa air tangan....
Gorenglah hingga garing kekuningan, Angkat dan hidang dengan kasih sayang..

STRAWBERRY PINK CHEESE

STRAWBERRY PINK CHEESE
Kek ini saya buat sempena majlis persaraan penyelia saya Prof Saedah Siraj pada 30 Mei.  Mereka suruh buat 2 kek sebab takut tak cukup...hmm..layan jer la...Cantik tak...hias ikut kreativiti sendiri tu...Selalu cheese cake warna original..tapi yang ni warnaya pink...tu yang jadi pink cheese tuuuu...
                           

Anak saya Azween pulak mintak dibuatkan juga kek ini sebab tergoda dengan aroma kek tersebut...Jadi terpaksa layan lah juga,..kebetulan, anak saudara Fazrul Haizam sekeluarga akan berangkat ke Nottingham. hmm..bagus juga..bawak ke rumahnya di Desa Camelia, Bangi dan kami makan sama-sama di sana...sedappp.....tapi hiasan ikut apa yang tinggal aje lahh...


Bahan base:
1 bungkus biskot digestive yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega -cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.

Bahan Filling: 
500 cream cheese philadelphia
250 whipping cream UHT jenama pauls
30 gm  buttercup 
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon
sedikit strawberry emulco 

Hiasan
Strawberry filling
Fresh cream jenama Rich-dipukul hingga tak jatuh- jangan over pukul pulakk
Buah strawberry secukupnya
Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...




KEK KUKUS

KEK KUKUS