KEK PANDAN KIWI
Hari ni birthday anak kedua saya Ahmad Izzwan Fiqry..sudah 12 tahun....saya buatkan kek simple aje..maklumlah mamanya pun baru baru jer belajar buat kek..yang penting tak payah beli lagi sekarang...puas hati sebab dapat buat sendiri...
Saya buat kek span jer letak perisa pandan....yang penting cepat dan mudah. Paling penting..sedapppp..
Bahan:
150 gm tepung gandum (ayak bersama baking powder)
150 gm gula kastor
5 biji telur (saya guna saiz biasa)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar margerin-cairkan
50 ml susu cair
pandan emulco
pewarna hijau
buah kiwi
Toping
kiwi filling
30 ml air
1 sudu teh gelatin
Cara:
1) Campurkan tepung, gula telur,ovelett, baking powder, putar dengan mixer lah...sampai kembang betul (macam warna putih)
2)Masukkan margerin dan susu cair-putr sekejap jer
3) Letak perisa pandan dan sedikit warna hijau
4) Masukkan dalam loyang, letak kertas minyak, bakar 160 darjah sampai masak, dalam lebih kurang 1 jam (cucuk bahagian tengah dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak, rasa lidi tersebut, jika melekit maknanya kek belum masak)
5) Apabila sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...
Hiaskan dengan buah kiwi freshhhh... dan saya suka guna fresh cream untuk deko kek sebab selain sedap, tak berminyak minyak....dan yang penting...senanggggg.....
Bagi saya sedappp jerr kek ni...tapi kalau tak suka kiwi tu...mungkin kurang sedap ....kalau tak suka kiwi boleh letak perisa lain yang digemari
Cara nak buat toping tu..campurkan gelatin dan air, cairkan cara double boiler, kemudian campurkan sahaja kiwi filling tu....
.
Jom lah cuba...
No comments:
Post a Comment