Sunday, May 13, 2012

TAKO KO KO..

TEPUNG TAKO


Kuih tako ni memang sedap makan sejuk sejuk.. Saya dapat  resepi ni daripada kawan mak mertua yang duduk di Kg Padang Benggali Pulau Pinang,  Kak Aisah yang memang berniaga kuih.. Kuih muihnya memang sedap dan setiap hari mendapat tempahan pelanggan..Alhamdulillah moga ilmu yang diberi mendapat rahmat Allah kerana sudi berkongsi resepi....


Bahan:
Untuk Putih
50 gm tepung kacang hijau
100 gm gula
5 cawan santan

Untuk Hijau:

100 gm tepung kacang hijau
200 gm gula
6 cawan air daun pandan

Cara:

1) Kacau dengan kasih sayang semua bahan dalam 2 periuk yang berasingan dan masak serentak
2) Apabila telah pekat dan likat serta agak berkilat, angkat
3) Letak di dalam bekas, dulang pun boleh, tupperware pun boleh atau apa2 sahaja bekas yang disukai dan layerkan 2 senduk bagi setiap layer..kemudian gariskan macam sarang lelabah....
4) Bolehlah dipotong sekiranya sudah sejuk...(simpan dalam peti sejuk lerrr...)
5) Hidang dengan kasih sayang....



Cuba yer..kalau dah berjaya bagitau......hehehe...ini kuih kegemaran ibu mertuaku jugak tau.....

No comments:

Post a Comment