Sunday, May 13, 2012

IKAN MASAK KICAP MESRA

IKAN MASAK KICAP MESRA

Kalau malas nak masak susah susah, masak kicap lah penyelamat.....

Bahan/Cara:

1) Ikan apa-apa sahaja - goreng dulu tau
2) Hiris jer 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, sedikit halia, cili merah
3) Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga, dan bawang-bawang tadi ( inilah rahsianya jadi sedap)
4)  Masukkan kicap dan campur sedikit air sampai mendidih
5) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
6) Kalau rajin boleh tumbuk bawang putih dan halia tadi..kalau malas hiris jer...
7) Tak payah lah letak garam lagi ye..kicap dah masin, ikan pun dah goreng dengan garam kunyit...
8) Masak dan hidang dengan kasih sayang yer....



No comments:

Post a Comment