Friday, June 14, 2013

COCOA CARAMEL

COCOA CARAMEL


Dah beberapa hari tak buat kek..rindu pulak nak buat..bila tengok Evelyn Gemina post chocolate caramel memang tak sabar-sabar nak mencuba..tapi saya namakannya Cocoa caramel yer evelyn dan sukatan caramelnya juga sukatan jimat!!! hehe...


 Resepinya sama jer macam resepi kek karamel yang lain..jom kita tengok apa kelainannya....

Bahan:

Gula Hangus
2 sudu besar gula - masukkan dalam loyang dan panaskan hingga kekuningan- ketepikan

Karamel  (A)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


Meringue (B)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar

Kek (C)
70 gm gula kastor
130 gm tepung naik sendiri'-diayak
20gm serbuk koko- diayak
3 bii kuning telur
135 ml susu segar (saya guna full cream)
45 ml minyak mazola



Cara: 

1.  Kacau bahan A perlahan-lahan dan masukkan dalam loyang gula hangus yang telah disejukkan tadi
2.  Pukul bahan B sampai kental dan tidak jatuh kalau diterbalikkan
3.  Pukul perlahan atau guna whisk bahan C, tepung dan koko (ayak sekali)  masuk akhir sekali
4.  Masukkan bahan B ke dalam C dan kaun balik guna senduk sahaja
5. Masukkan adunan koko ke dalam loyang caramel tadi dengan perlahan-lahan dan kasih sayang
6.  Bakar lebih kurang 1 jam 160 darjah secara water bath
7.  Apabila telah masak, sejukkan dan apabila hendak dihilangkan terbalikkan kek tersebut
8.  Bolehlah dipotong dan dihidang dengan kasih sayang....


Hmmmm..dah tengok resepi..dah tengok gambar..bolehlah cuba....senang jerr...sedap pun sedapp...