Tuesday, August 13, 2019

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

 KEK KARAMEL COKLAT MOIST 

Sempena birthday Imran yang ke-12, dia nak kek coklat, jadi layankan kek ini jer la sebab semua orang dalam rumah ni suka karamel...kecuali coklat kek tu kuranggg sikit gemar..tapi layankan ajer lah...hmm memang sedap terutama makan sejuk-sejuk keluar peti ais...coklat lembab yang nyaman...tak boleh makan banyak-banyak tau..takut muak pulakkk..tu yang kena letak strawberry & blueberry bagi masam-masam sikit😅..













Wednesday, August 7, 2019

PIZZA NEEZ'STYLE

PIZZA NEEZ'STYLE
Bahan:
1 cawan air
2 sudu makan minyak zaiton
1 sudu teh garam halus
3 cawan tepung
2 sudu makan yis kering
(kalau suka boleh tumbukkan sedikit lada hitam)

Cara:
1) Campurkan semua bahan, masukkan dalam breadmaker, setting pizza dough
2) Jika tiada breadmaker, campur semua bahan, uli hingga elastik, kemudian apabila sudah naik, tumbuk buangkan angin.
3) Bahagi 2 bahagian, letakkan sedikit tepung dan canaikan sedikit, guna tangan pun takpe.
4) Isikan intinya ikut kegemaranan sendiri, sapu doh yang dicanai dengan sos tomato & sos cili, kemudian letaklah/  inti yang disukai...yang penting mesti tabur mozarella banyak sikit...bakar dengan penuh kasih sayang.






Tuesday, August 6, 2019

SUGAR CHEDDAR SWEET BUN

SUGAR CHEDDAR SWEET BUN 
Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
Bentukkan ikut suka dengan penuh kasih sayang, boleh letak pelbagai jenis inti. Untuk roti ini, tabur gula pasir di atasnya dan parutkan cheddar di atasnya. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.



CINNAMON CRANBERRIES WALNUT BREAD

CINNAMON CRANBERRIES WALNUT BREAD

Tengah ada mood meroti...Jom buat roti ni..insyaAllah sedap...lama dah simpan buku resepi roti ni...baru pertama kali buat..alhamdulillah cantik kemenjadiannya..



Bahan:
11/3 cawan air
2 sudu makan butter/majerin
11/2 garam halus
4 cawan tepung roti
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk kayu manis (kalau tak suka banyak letak sikit jer pun boleh, tak letak pun boleh)
2 sudu teh yis kering (mauripan pun boleh)
1 cawan cranberry kering
1/2 cawan walnut cincang
 **cranberry ni boleh ditukar dengan kismis, atau apa-apa sahaja yang disukai.
Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan tekan setting Sweet. Tunggu sehingga masak lah.

2. Jika tiada breadmaker, kena uli dulu sampai tak melekat, lepas tu biarkan hingga naik, apabila sudah naik, tumbuk buangkan angin. Masukkan dalam pan loaf, dan biarkan hingga naik seganda, barulah dibakar sehingga kekuningan.




CUBA YE...MOGA BERMANFAAT

ROTI GULA CHEDDAR

ROTI GULA CHEDDAR

Ini roti yang paling mudah dan jimat kos sebab tabur gula dan cheddar sahaja.


Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
Bentukkan ikut suka dengan penuh kasih sayang, boleh letak pelbagai jenis inti. Untuk roti ini, tabur gula pasir di atasnya dan parutkan cheddar di atasnya. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.








ROTI PANDAN KASTARD

ROTI  PANDAN KASTARD
Macam sedap pulak nak buat roti kastard ni...Resepi rotinya ikut sahaja mana-mana resepi roti manis.


Bahan:
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter
emulco pandan secukupnya

Cara: 
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
Bentukkan ikut suka dengan penuh kasih sayang, boleh letak pelbagai jenis inti. Untuk roti ini, tabur gula pasir di atasnya dan parutkan cheddar di atasnya. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.








PUDING JAGUNG


PUDING JAGUNG





PULUT SERUNDING BUAH

PULUT SERUNDING BUAH
Alhamdulillah..rezeki tempahan dari sahabat-sahabat hamba....