Tuesday, August 6, 2019

CINNAMON CRANBERRIES WALNUT BREAD

CINNAMON CRANBERRIES WALNUT BREAD

Tengah ada mood meroti...Jom buat roti ni..insyaAllah sedap...lama dah simpan buku resepi roti ni...baru pertama kali buat..alhamdulillah cantik kemenjadiannya..



Bahan:
11/3 cawan air
2 sudu makan butter/majerin
11/2 garam halus
4 cawan tepung roti
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk kayu manis (kalau tak suka banyak letak sikit jer pun boleh, tak letak pun boleh)
2 sudu teh yis kering (mauripan pun boleh)
1 cawan cranberry kering
1/2 cawan walnut cincang
 **cranberry ni boleh ditukar dengan kismis, atau apa-apa sahaja yang disukai.
Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan tekan setting Sweet. Tunggu sehingga masak lah.

2. Jika tiada breadmaker, kena uli dulu sampai tak melekat, lepas tu biarkan hingga naik, apabila sudah naik, tumbuk buangkan angin. Masukkan dalam pan loaf, dan biarkan hingga naik seganda, barulah dibakar sehingga kekuningan.




CUBA YE...MOGA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment