Friday, September 29, 2017

AYAM CILI

AYAM CILI
Bahan:
isi ayam
1 biji telur
tepung gandum
* hiris isi ayam ikut saiz yang disukai, celup dengan telur dan golekkan kat tepung kemudian goreng.

2 labu bawang mereah- 1 hiris, 1 potong besar menegak
3 ulas bawang putih-hiris
2-3 cili merah-hiris
setangkai daun kari
10-12 tangkai cili kering- gunting serong nipis
3-5 cili api-hiris
sos cili, sos tomato, sos tiram
garam, gula secukup rasa
air asam jawa pekat sikit-dalam 2-3 sudu besar)

Cara:
1) Tumis cili kering dan daun kari
2) masukkan bahan hiris-kacau hingga sekata & agak garing
3) masukkan semua sos & air asam jawa
4) tambah air ikut kepekatan & banyaknya isi ayam yang digunakan
5) garam dan gula secukup rasa
6) Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi
7) Kacau sekata dengan penuh kasih sayang

Wednesday, December 14, 2016

NASI TOMATO

NASI TOMATO



Bahan:
1 kilo beras basmathi- cuci dan rendam sekejap supaya nasi cantik

Bahan hiris:
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
sedikit halia- hiris
3 beradik - bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga
sedikit minyak sapi, minyak jagung, dan 3 sudu margerin ( kalau takde minyak sapi pun takper, lebihkan sikit minyak jagung)

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
11/2 inci halia
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
3 biji buah tomato- kisar
garam secukup rasa
daun pudina ( tak letak pun tak pe)

Cara:
1) Tumis bahan hiris, agak agak garing, masukkan bahan kisar
2) Campurkan tomato puree dan tomato kisar
3) Masukkan air (sukatan air sama dengan beras, lebihkan sikit sahaja airnya)
4) Apabila air mendidih, masukkan susu cair dan garam
5) Masukkan beras yang sudah dicuci, kacau dan tutup periuk,  api sederhana
6) Kacau nasi dengan penuh kasih sayang , masukkan daun pudina jika ada dan kecilkan api
7) Kalau nasi dah masak, tutup ler api tuu....

Kalau malas nak masak ayam ...makan dengan ikan bawal  sweet sour ni pun ok jugak...tambah dengan jelatah...ok jer..


TRIO CARAMEL

TRIO CARAMEL




PUDING JAGUNG

PUDING JAGUNG

Bahan:
1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara:
1)  Masukkan semua bahan, dan kacau perlahan atas api, kacau hingga likat
2) Masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan
3) Nak hidang dengan buah-buah koktel pun boleh
4) Hidang dengan kasih sayang


CHIFFON MANGO

CHIFFON MANGO




KEK MARBLE SUSU

KEK MARBLE SUSU




KUIH BELIMBING

KUIH BELIMBING
Nama asalnya kuih belimbing..saya terjumpa resepinya di dalam surat khabar..rupanya sama jer macam Churross..adoiiii....