Friday, June 6, 2014

JEMPUT-JEMPUT BILIS

JEMPUT-JEMPUT BILIS
Hahaha...ini pun nak masuk entry...hishhh mestilah supaya kuih warisan ni tak dilupakan oleh anak cucuku kelak...inilah yang sedap dimakan tak kira masa dan ketika apalagi kalau masih panas-panas, cicah dengan sos cili....minum teh o....lebih lagi kalau hujan..makkk aiiii...meletoppss

Bahan/Cara:
3 atau 4 cawan epung gandum
segenggam bilis ditumbuk
sebiji bawang besar potong dadu
sebiji kentang potong dadu
sebiji telur
garam secukup rasa

Campurkan aje semua bahan dengan penuh kasih sayang dan gaul sebati hingga boleh dijemput. Jangan lah cair sangat atau keras sangat....
Panaskan kuali, jemputlah dengan tangan adunan masuk ke kuali, nak guna sudu pun boleh tapi kurang umphhh laa..kena guna tangan supaya rasa air tangan....
Gorenglah hingga garing kekuningan, Angkat dan hidang dengan kasih sayang..

STRAWBERRY PINK CHEESE

STRAWBERRY PINK CHEESE
Kek ini saya buat sempena majlis persaraan penyelia saya Prof Saedah Siraj pada 30 Mei.  Mereka suruh buat 2 kek sebab takut tak cukup...hmm..layan jer la...Cantik tak...hias ikut kreativiti sendiri tu...Selalu cheese cake warna original..tapi yang ni warnaya pink...tu yang jadi pink cheese tuuuu...
                           

Anak saya Azween pulak mintak dibuatkan juga kek ini sebab tergoda dengan aroma kek tersebut...Jadi terpaksa layan lah juga,..kebetulan, anak saudara Fazrul Haizam sekeluarga akan berangkat ke Nottingham. hmm..bagus juga..bawak ke rumahnya di Desa Camelia, Bangi dan kami makan sama-sama di sana...sedappp.....tapi hiasan ikut apa yang tinggal aje lahh...


Bahan base:
1 bungkus biskot digestive yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega -cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.

Bahan Filling: 
500 cream cheese philadelphia
250 whipping cream UHT jenama pauls
30 gm  buttercup 
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon
sedikit strawberry emulco 

Hiasan
Strawberry filling
Fresh cream jenama Rich-dipukul hingga tak jatuh- jangan over pukul pulakk
Buah strawberry secukupnya
Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...




KEK KUKUS

KEK KUKUS