Wednesday, April 30, 2014

BUTTER CREAM

BUTTER CREAM
Nak bajukan kek anda ke...hmm..boleh saja..gunakan butter cream ni..letaklaah pewarna yang digemari dan sapulah pada kek anda agar kelihatan cantikk.....sedap tak sedap lain cerita....hehehe...tapi ni inshaaAllah sedap...


Bahan:
250 gm butter
120 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
75 ml air panas

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan putar
2) Letak pewarna yang digemari 3) Sedia digunakan, masukkan dalam piping bag...

BLUEBERRY BUTTER CAKE

BLUEBERRY BUTTER CAKE
Jom buat kek simple....boleh tukar selera..ikut perasa apa yang dikehendaki...





Bahan:
250 gm mentega/buttercup
200 gula lastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat
100 gm susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit blueberry emulco
1 sudu besar blueberry filling
pewarna purple

Cara:
1) Putar butter dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji
3) Masukkan esen vanila, susu pekat
4) Masukkan tepung dan susu cair berselang seli, kacau sebati
5) Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian asal, sebahagian lagi campurkan dengan blueberry emulco dan blueberry filling
6) Masukkan dalam loyang 8 inci, berselang seli, loyang dialas dengan kertas minyak,,
7) Masukkan dalam oven 150 darjah, bakar hingga masak.
8) Apabila telah masak, sejukkan,potong  dan  hidang dengan kasih sayang...

                              
                                    SELAMAT MENCUBA....

CHOCOLATE GANACHE

CHOCOLATE GANACHE


Apa bendalah ganache ni...rupa rupanya macam tu lah..hehe...kalau nak buat coklat toping kat kek..sedap buat ganache ni..letak kat cheese cake ke..ikut suka kita...

Bahan:

100 ml susu cair/whipping cream
300g coklat masakan- cincang supaya senang nak cair
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko

Cara:

1)  Masak susu atas api perlahan hngga mendidih tepinya
2)  Tutup api - masukkan coklat dan koko
3) Masukkan butter- kacau
4) Tuang atas kek dengan penuh kasih sayang...

APAM GULA PERANG

APAM GULA PERANG
Selamat Hari Pekerja..hari ni saya bekerja di dapur jer...cuba buat apam tradisional ni..kerana ada ibu mertua di rumah....emmm tak minat kuih moden ni..so buat ler kuih tradisional pulakkk..






Bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
sehelai daun pandan

1 bungkus yis kering (11 gm)
1 sudu kecil gula kastor
1/2cawan air suam

4 cawan tepung gandum
sedikit garam

Kelapa parut (putih sahaja ,campurkan secubit garam)

Cara:
1) Masak gula, air dan daun pandan. Tapis dan sejukkan
2) Rendam yis dengan air suam dan gula kastor. Biarkan hingga keluar buih.
3) Satukan tepung gandum, garam dan air gula tadi.  Masukkan yis,
4) Tutup adunan dan biarkan sehingga 1 jam
4) Masukkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 1 jam dengan kasih sayang
5) Sejukkan dan potong, letak kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

                              

                                           SELAMAT MENCUBA...


ORANGE BUTTER CAKE

ORANGE BUTTER CAKE

STRAWBERRY FILLING CHEESE CAKE

STRAWBERRY FILLING CHEESE CAKE


Ni kek melayan imran untuk jamuan akhir tahun/perpisahan di tadika real kid,seksyen 8,shah alam..thank you teachers and friends..imran will miss all of  you...


Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
strawberry  filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan strawberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....




BLUEBERRY FILLING CHEESE CAKE

BLUEBERRY FILLING CHEESE CAKE


Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
blueberry filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan blueberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....