Wednesday, April 30, 2014

APAM GULA PERANG

APAM GULA PERANG
Selamat Hari Pekerja..hari ni saya bekerja di dapur jer...cuba buat apam tradisional ni..kerana ada ibu mertua di rumah....emmm tak minat kuih moden ni..so buat ler kuih tradisional pulakkk..






Bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
sehelai daun pandan

1 bungkus yis kering (11 gm)
1 sudu kecil gula kastor
1/2cawan air suam

4 cawan tepung gandum
sedikit garam

Kelapa parut (putih sahaja ,campurkan secubit garam)

Cara:
1) Masak gula, air dan daun pandan. Tapis dan sejukkan
2) Rendam yis dengan air suam dan gula kastor. Biarkan hingga keluar buih.
3) Satukan tepung gandum, garam dan air gula tadi.  Masukkan yis,
4) Tutup adunan dan biarkan sehingga 1 jam
4) Masukkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 1 jam dengan kasih sayang
5) Sejukkan dan potong, letak kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

                              

                                           SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment