Sunday, May 13, 2012

PUDING TEMBIKAI

PUDING TEMBIKAI


Bahan:
24g agar-agar
6 cawan air
6 keping roti 
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 biji telur
sedikit kismis hitam ( nak letak bijan hitam pun ok jugak)
pewarna kuning atau merah dan hijau

Cara:
1) Masak agar-agar dengan air hingga larut, apabila mendidih, tapis, dan masukkan semula dalam periuk
2) Blend roti, susu cair, telur, gula,esen vanila 
3) Masukkan bahan yang diblend tadi dalam periuk agar-agar, dan masak sampai mendidih, kacau perlahan jangan sampai membuak pulak, kecil kan sahaja api
4) Ambil 13/4 cawan dan warnakan hijau (kacau) dan masukkan dalam loyang,  letak sebentar dalam peti sejuk supaya agak keras, kemudian ambil 1/2 cawan (tak perlu letak pewarna) layerkan atas warna hijau tadi, masukkan lagi dalam peti sejuk sebentar sahaja, dan akhir sekali yang lebih tu warnakan dengan kuning atau merah dan letakkan atas lapisan putih tadi.  Semasa melapis tuangkan dengan perlahan-lahan sekali yer, jangan main curah jer...
5) Layer dengan kasih sayang, dan taburkan kismis di dalamnya, sejukkan..
6) Makan sejuk sejuk baru sedap...hidangkan dengan kasih sayang..

No comments:

Post a Comment