Sunday, May 13, 2012

CREAM PUFF FEHH





CREAM PUFF neez's style


 Custard cream(filling):

 1 sudu besar tepung gandum
 1 sudu besar tepung jagung
 4 sudu besar gula
 1 cawan susu segar
 1 biji telur
 1 sudu besar mentega
 
 Cara:
 Kacau semua bahan atas api perlahan sampai likat. Sejukkan.
 
 Puff:

 100g mentega
 250ml air
 ¼ sudu garam
 150g tepung gandum
 2 biji telur + 2 kuning telur
 ½ sudu kecil vanilla
 
 Cara:


 1. Kacau mentega + air atas api hingga cair.
 2. Matikan api dan masukkan tepung (garam dah masuk dalam tepung) dan kacau 

     cepat-cepat supaya jadi doh dan dah tak melekat.
 3. Alih ke dalam mixing bowl dan gaul dengan telur.
 4. Picitkan adunan guna nozzle bintang  ke atas dulang pembakar. Picitkan ikut 

     bentuk spiral.
 5. Bila dah masak, potong dua dan masukkan custard cream yang dah sejuk tadi.
 6. Siap untuk dimakan  dengan penuh kasih sayang...










Kalau nak guna resepi yang ni boleh jugak, cuma bezanya yang ni guna margerin..cubalah buat yek..rasa mana yang lebih sedap...fillingnya sama aje lah...

PUFF:

100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Apabila sejuk, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...






Hmmm..layan jer lah yer gambar gambar cream pufff yang telah saya buat ni..anak-anak suka betul makan cream puff ni...alhamdulillah....





Yang ni Imran suruh bawak sempena Hari Guru di tadikanya..katanya teachernya cakap kalau makanan yang kita suka mesti share dengan kawan , sebab tu lah dia nak bawak cream puff ke sekolah sebab dia suka cream puff..ohh anakku...



Yang ni pula buat di Rawang sebab abang datang dari kampung..saja menambah makanan yang ada...kakak pun nak belajar buat..


1 comment:

  1. Kuantiti tepung dan telur yg berbeza pada resepi2.yg mana satu nak ikut?

    ReplyDelete