Saturday, November 17, 2012

PULUT KUNING SERI MESRA

PULUT KUNING SERI MESRA

Pulut kuning ni memang kegemaran anak-anakku juga..mujur semua suka jadi senang lah sikit..kalau buat semua orang akan makan...alhamdulillah..

Pulut ni pulut susu yang dibeli oleh Norazah Azis dari Perlis...setiap kali balik mesti nak kirim sebab anak-anak suka makan dan nak buatnya pun bukan susah sangat..tambahan pula pulut kuning seri mesra ni ...letak jer serunding daging di tengahnya..tak payah nak mencicah dengan rendang atau kari...


Bahan/Cara:

1) sekilo beras pulut - rendam semalaman dengan kunyit serbuk dan 3 keping asam keping
2) guna daun pandan untuk alas kukus- kukus pulut hingga masak
3) keluarkan pulut letak dalam talam, gaulkan dengan santan pekat yang telah diletak garam
4) Kukus semula dengan penuh kasih sayang
5) Apabila sudah betul2 masak, keluarkan dan bahagi  dua ,  letak dalam bekas.satu bahagian .tekan sedikit
6) Letakkan serunding daging dan kemudian tutup semula dengan satu lagi bahagian pulut
7) Hias dengan cantik ikut kreativiti masing-masing
8) Boleh lah dihidang dengan kasih sayang




Ni pula pulut kuning sempena Birthday Azween yang ke 14 pada 20 Mac 2013..buat pulut dan kek karamel jer..



Hujan hujan makan pulut kuning panas panas pun sedap jugak..tambahan pulak ada banyak serunding daging di rumah..minum dengan teh o panas pulak..huhhhh kekenyangan dan sedappp..alhamdulillah...
                                 





No comments:

Post a Comment