Monday, December 23, 2013

DWI SERI MUKA

DWI SERI MUKA
Sejak En Jamil suami kak Aisyah yang mejaga Eween sewaktu kecil bertandang ke rumah tempoh hari dan ercerita tentang kuih seri muka, suami saya pulak suka nak makan kuih seri muka ini..dan kebetulan ada banyak stok pulut yang di beli di pekan Danok, Thailand bulan lepas..maka inilah hasilnya...

Lapisan bawah:
500 gm pulut (saya letak 250 gm pulut susu , 250 pulut separa hitam)-rendam selama 4-5 jam
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan
2 biji kuning telur
sedikit pewarna hijau/pandan paste

1) Kisar semua bahan, panaskan atas api sekejap sahaja dan kacau.
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...


2 comments:

  1. aniza..x penah plak guna pulut itam..wah leh try ni.

    ReplyDelete
  2. cuba shidah..tapi kalau nak cantik jangan letak pulut hitam banyak sangat..ni saya guna pulut separa hitam..macam pulut hitam juga..dan pulut susu..pulut susu ni lebih sedap dari pulut biasa,,,tq yer sudi ikut blog ni..

    ReplyDelete