Sunday, December 15, 2013

SHEPHERD'S PIE NEEZ STYLE

SHEPHERD'S PIE NEEZ STYLE
Semalam terlebih rajin..bukannya apa ..sebab kebetulan bawak lebihan kentang putar dari rumah anak sedara yang buat birthday anaknya..jadi takkan nak dibuang..hmmm inilah kemenjadiannya...shepherd's pie neez style ler jawabnyaa...Jom tengok cara saya yang mudah..

Bahan:
(A)
5 biji kentang direbus dan dilenyekkan (kalau nak banyak kentang letak la lebih kentangnya)
1 sudu besar mentega- gaulkan sewaktu melenyek
(B)
1 paket Daging Ramly Kisar
1 labu bawang besar potong dadu
1/2 biji capsicum -potong dadu
1 sudu oregano
garam secukup rasa
sedikit sos cili/sos tomato
1 tin kecil tomato puree
sedikit minyak zaiton untuk menumis
(C)
Mozarella
1/4 chedar cheese . parut

Tambahan:
cendawan butang, hiris halus/atau mix vege

Cara:
1) Kentang yang telah dilenyekkan dimasukkan ke dalam bekas, tekan sikit supaya rata
2) Tumis bawang dengan minyak zaiton, kemudian masukkan daging, gaul sekata
3) Masukkan tomato puree, tomato sos/cili sos ikut rasa yang dikehendaki, masukkan garam, kacau hingga daging empuk, jika suka cendawan atau mix vege boleh masukkan.
4) Masukkan oregano dan akhir sekali masukkan capsicum
5) Masukkan daging yang telah dimasak tadi atas kentang putar, taburkan cheese dan mozarella di atasnya
6) Bakar 180 darjah hingga mozarella cair kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..



 EMMM...YUMMYY..MAKAN PANAS-PANAS..


Tuesday, December 10, 2013

CHURROS

CHURROS (2)
Semalam beriya-iya en rani suamiku menyuruh buat churros sebab dah lama saya tak buat..so hari ni layankan permintaannya...balik kerja terus dia makan..hmm sedapppnya dia kata..hehehe suka ler tuu...dicicahnya dengan nutela dan juga jem oren.....minum nescafe o panas, waktu kedinginan petang selepas hujan....
Resepinya kena tengok pakcik google ler yer..rajin-rajin ler sikit...hehehe..jangan marahh...

STRAWBERRY MUFFIN

STRAWBERRY MUFFIN

Petang ni hujan....nak buat hidangan minum petang yang simple dan disukai anak-anak...maklumlahcuti sekolah....hmm..buat jer lah strawberry muffin ni kerana kebetuan semua bahan ada di rumah..jomlah layan...

                           

Bahan:
2 biji telur
225 gm tepung gandum

2 sudu teh baking powder

125 gm gula kastor

125 ml susu segar

150 gm buttercup

1 sudu teh vanilla
1 sudu teh strawberry emulco
Strawberry filling secukupnya
Strawberry chips
kertas cupcake (saya guna yang murah ni jer- dapat dalam 24 biji)

                         

Cara:
1) Tepung gandum diayak bersama baking powder
2) Mentega dicairkan guna api sederhana
3) Pukul telur dengan whisk sahaja dan campurkan susu segar
4) Masukkan mentega, gula dan vanila, kacau sahaja dengan whisk. Kalau tak ada whisk guna aje senduk pun boleh
5) Akhir sekali masukkan tepung , strawberry emulco dan kacau lagi hingga sekata tepungnya. Biarkan adunan selama 20 minit
6) Masukkan sedikit adunan dalam kertas cupcake dan letak sedikit strawberry filling di dalamnya, kemudian letak lagi adunan menutupi strawberry tersebut, penuhkan dalam 3/4 dari bekas tersebut. Taburkan strawberry chips di atasnya.
7) Bakar 180 darjah sehingga kekuningan
8) Angkat dan hidang dengan kasih sayang

                             
                        


                     

KEK MINYAK DAISY

KEK MINYAK DAISY
Rasanya ramai yang dah mencuba kek minyak yang senang dibuat ini.  Macam macam nama jugak yang mungkin diberikan kepada kek ini..  Saya letak nama glamer sikitlah..tambah sikit jer jadi kek minyak daisy sebab guna minyak jagung jenama DAISY...hehehe..bagi yang belum pernah buat...jom cuba buat...

Bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar ovelette
1 cawan minyak jagung DAISY
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila
pewarna

Cara:
1) Pukul telur, gula dan ovelette hingga gebu- kelajuan tinggi
2) Masukkan susu,minyak, tepung gandum baking powder dan esen vanila, putar perlahan
3) Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang disukai
4) Masukkan ke dalam loyang berselang seli seperti membuat marble cake
5) Bakar 170 darjah sehingga masak lebih kurang 1 jam mengikut oven masing-masing
6) Hidangkan dengan kasih sayang

                              

Friday, December 6, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART

BLUEBERRY CHEESE TART
Selalu saya buat cheest tart ni apabila baru masak bukan main cantik cheesenya mengelembung..tapi bila sejuk..peppp.turun ler pulak..Alhamdulillah setelah dikongsi oleh Azie Surip dari Jom Masak Tengah Rajin cara buat fillingnya, barulah menjadi...terima kasih yer...Di sini saya sertakan resepi pastri yang selalu saya buat, tetapi fillingnya daripada Azie Surip, cuma saya ubahsuai ikut citarasa iaitu esen vanila saya gantikan dengan sunquick....

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..

Filling:
250 cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur
sedikit perahan lemon/sedikit sunquick

Cara:
1) Campur semua bahan filling dan pukul hingga gebu
2) Masukkan blueberry filling ke dalam tart shell dan kemudian masukkan pula cream cheese
3) Hiaslah diatasnya dengan lukisan atau corak yang digemari.
4) Bakar dalam oven 160 darjah selama 10 minit..jangan hangus pulak cream cheese nya ya
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..




APPLE TART

APPLE TART

Terlebih rajin pulak.nak membuat shell ni...tak apa lah..anak-anak pun suka makan ..selalu buat pai apple aje, tapi hari ni nak mencuba buat tart apple pulak..perghhhh.....memang ler sodapppppp...air tangan sendiri kan..kena lah puji sendiri...hehehe...

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Kuning telur untuk sapuan atas penutup filling..

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..

Apple filling:
6-10 biji epal hijau potong dadu kecil
5 sudu gula perang + 1 sudu gula biasa (kalau nak manis boleh tambah lagi)
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit sahaja air
sedikit serbuk kayu manis ikut suka
sedikit parutan kulit lemon jika suka

Cara:
1) Masak apple dengan gula hingga keluar air, dan campurkan dengan tepung jagung, kacau hingga pekat, biarkan sejuk
2) Masukkan filling ke dalam pastri
3) Leperkan sedikit tepung pastri dan hiris untuk membuat penutup di atas filling
4) Sapukan kuning telur di atas penutup filling tersebut , bentuklah ikut kreativiti sendiri
5) Bakar semula di dalam oven 170 darjah hingga kekuningan.


SELAMAT MENCUBA...

Sunday, October 20, 2013

FRENCH BAGUETTES

FRENCH BAGUETTES
             

Dah lama tak menentry blog saya ni sebab keadaan yang tidak mengizinkan...inipun curi-curi masa sikit...hehehe...Hari ni saya sudah kebosanan, kepenatan..tapi nak buat sesuatu...jadi saya pun buatlah roti ni sebab mudah dan tak perlu banyak bahan...

Jom kita buat roti yang senang dan sedap ini..sedap kalau dimakan panas-panas dan cicah kuah kari dan seangkatan dengannya...

                          


                           

Bahan:
11/3 cawan air
2 sudu teh garam
4 cawan tepung roti/high protein
1 sudu besar gula
2 sudu teh yis kering/mauripan

Bahan sapu:
1 biji putih telur
1 sudu besar air

Cara:
1) Uli semua bahan, boleh juga dimasukkan ke dalam bread maker dan setting doh
2) Jika uli dengan tangan, uli sekata dan biarkan hingga doh naik, tumbuk dan buang angin dalam doh
3) Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan canaikan. Letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat
4) Kalau tidak mahu canai, gunakan tangan sahaja pun boleh, buat bentuk empat segi tepat dan kemudian gulung, picit dibahagian hujungnya membentuk bujur. Letakkan dalam dulang pembakar dan jarakkan. 
5) Biarkan doh dalam 20 minit atau sehingga naik doh dua kali ganda, gunakan pisau tajam dan kelar 1 inci bahagian atas doh kepada 4 bahagian 
6) Sapukan telur ke atas doh dan bakar 180 darjah
7) Selepas 10 minit, keluarkan roti, dan sapu sekali lagi putih telur, dan masukkan semula ke dalam oven hingga kekuningan dan masak.
8) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...

                          

                          

                            



SELAMAT MENCUBA