Friday, August 16, 2013

AGAR-AGAR OREO

AGAR-AGAR OREO

Ramainya orang buat agar-agar oreo ni..teringin jugak nak buat..jadi saya pun mencubalah ikut style saya...

Bahan:
1 bungkus agar-agar
gula pasir (ikut manis yang disukai-saya agak-agak jer.. tak sukat)
1 tin susu cair
sedikit gula batu
1/2 bungkus biskut oreo
sedikit serbuk koko (Kacau dalam cawan dengan air panas)

Cara:
1) Masak agar-agar dengan air-(air ni saya agak2 jer), apabila telah hancur, masukkan gula dan gula batu, rasa kemanisannya
2) Masukkan susu cair dan kacau
3) Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian, kecilkan sahaja api, satu bahagian letakkan koko, satu bahagian biarkan putih 
4) Masukkan sedikit yang warna koko, biarkan sedikit sejuk, masukkan pula yang putih, patah-patahkan biskut oreo dengan creamnya sekali, biarkan sedikit sejuk dan tuangkan pula warna koko. Tuang dengan perlahan-lahan sekali. 
5) Biarkan sejuk sepenuhnya dan masukkan dalam peti sejuk.
6) Apabila telah sejuk, potong dan hidangkan dengan kasih sayang..






PEA SPROUT GORENG

PEA SPROUT GORENG

Saya suka goreng sayur ni..saya panggil tauge cina/tauge hijau...simple dan sedap..jom lihat cara saya ...

                            
Bahan:
1 bungkus pea sprout- beli di pasar/supermarket pun ada..
1/2 kiub ayam knorr
sedikit belacan
3 ulas bawang merah-hiris (kalau takde bawang besar pun boleh-hiris menegak)
2 ulas bawang putih
sedikit garam

Cara:
1)  Tumis bawang merah/bawang putih yang telah dihiris sampai garing
2) Masukkan belacan dan kiub ayam serta garam
3) Masukkan pea sprout dan goreng dengan kasih sayang, jangan goreng terlalu lama
4) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...





ROTI JALA

ROTI JALA


Saya memang mencari cara yang paling mudah buat roti jala..dan inilah dia..teringat resepi yang pernah dikongsikan sahabat saya Puan Hjh Azlina Gani.....rasanya masih sedap walaupun resepinya sangat mudah..anak-anakpun suka...Musim raya ni buat roti jala untuk tetamu pun senang juga yer, cicah dengan kari ayam..

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
sebiji telur
sedikit garam

Cara:
1) Blend semua bahan dan kemudian tapiskan
2) Siap untuk dijalankan dengan acuan roti jala
3) Letak sedikit sahaja minyak pada kuali non stick, jalakan , balikkan sekejap dan angkat
4) Boleh digulung atau lipat dengan kasih sayang...





jom lah cuba...

UDANG GORENG TEPUNG

UDANG GORENG TEPUNG

                           

Jom cuba buat udang goreng tepung ni..makan dengan nasi atau makan begitu saja pun sedappp...takyah buat cucur udang...makan panas-panas..memang meletopppss...kalau dah sejuk...waduhhh..kurenggg lerr..


Bahan:
15 ekor udang saiz XL
80 gm tepung gandun
1 sudu kecil baking powder
100 ml air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Cara:
1) Campurkan tepung, baking powder,air, garam dan serbuk kunyit, kacau sekata
2) Biarkan adunan selama 15-20 minit
3) Bersihkan udang dan pastikan udang kering semasa hendak dicelup ke dalam tepung, boleh lapkan udang dengan kitchen tissue
4) Celupkan udang dan goreng dengan kasih sayang
5) Siap dihidangkan, boleh dicicah dengan sos cili....pastikan dengan kasih sayang...



Thursday, August 8, 2013

BUBUR CANDIL CACA

BUBUR CANDIL CACA


Maaf lah baru berkesempatan untuk update blog.  Sangat tak sempat..tapi sempatkan diri nntuk masak... Jom layan bubur candil caca bulan puasa ni..sedap jugak kan..

Bahan:
1 bungkus kecil tepung urai caca (yang berwarna warni tu)
1 cawan tepung pulut- bancuh dengan sedikit air hingga boleh dibulat-bulatkan - warnakan ikut suka
1 buku gula melaka
5 sudu gula pasir
sedikit garam
santan secukupnya
2 helai daun pandan

Cara:
1) Rebus tepung urai hingga kembang. Buang air lebihan rebusan.
2) Rebus gula melaka dengan sedikit air dan kemudian masukkan dalam tepung urai
3) Dalam periuk yang lain rebus air hingga mendidih, , gentel bulat tepung pulut dan masukkan dalam periuk, apabila telah timbul menunjukkan pulut tersebut telah masak, masukkan ke dalam air sejuk dan toskan
4) Masukkan santan dan air gula melaka ke dapam tepung urai yang telah direbus, kacau hingga mendidih, jangan bagi pecah santan, kemudian masukkan tepung pulut yang telah disejukkan tadi
5) Biarkan mendidih dan holeh dihidangkan dengan kasih sayang.



ROTI LAPIS DAGING

ROTI LAPIS KEJU



Apabila teman saya, Norazita Mokhtar menyebut sahaja dia buat roti lapis daging untuk berbuka, terus suruh dia upload gambar dan resepinya...Perghhh memang mengancam sekalian teman-teman...semua pakat nak buat...kebetulan bahannya pun ada di rumah..apalagi...tak pandai melapis kek..melapis roti pun jadilah kan....Kami namakan roti che ta...hehe...takde oven, pakai pemanggang ajaib pun boleh...nak ubah suai cara masak intinya pun boleh..mana-mana yang kita suka....

                              
Bahan:
12 keping roti
200 ml susu segar
4 biji telur
1 labu bawang besar-potong dadu
4 ulas bawang putih-potong dadu
1 bungkus daging cincang Ramly
1/2 bungkus rencah lada hitam maggi- kalau takde guna sos lada hitam pun boleh
garam secukup rasa
sayur ikut suka- saya letak cendawan butang, dauh sup dan daun bawang)
cheddar cheese secukupnya (yang sekeping-sekeping tu)
mozarella secukupnya

                           

Cara:
1) Tumis bawang besar, bawang putih dan daging hingga agak lembut, masukkan perencah maggi/sos, garam secukup rasa
2)  Masukkan sayur-sayuran yang disukai- gaul sekata dan angkat.
3)  Campurkan susu dan telur, kacau, celupkan roti ke dalamnya dan susun dalam bekas yang sesuai untuk masuk oven. Guna loyang pun boleh.
4) Susun roti selapis, kemudian lapiskan daging di atasnya, letakkan cheddar cheese dan tabur sedikit mozarella, kemudian lapiskan lagi dengan roti dan ulang proses yang sama
5) Lebihan telur tadi curah diatas sekali dan kemudian taburkan lagi mozarella di atasnya
6) Bakar 180 darjah hingga kekuningan
7) Angkat dan hidang dengan kasih sayang.....rupanya seakan-akan lasagne..hmmm..nyum nyum yummyyy....


                              


JOM CUBA ROTI CHE TA NI...PASTI JATUH CHENTA....
















Sunday, July 14, 2013

SUMSUM

SUM SUM

Bulan puasa ni sedap jugak buat dessert sum sum ni..dulu-dulu kat kampung saya panggil bubur sum sum yang selalu dibuat selepas tamat majlis perkahwinan ketika membuka khemah..Sum sum ini diagihkan kepada jiran-jiran tanda kesyukuran setelah selesai majlis.  Di kampung saya kadang-kadang orang menggunakan gula sirap merah sahaja untuk kuahnya...memang sedapp..





Bahan:
2 cawan tepung beras
6 1/2 cawan santan
sedikit garam 
2 helai daun pandan

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan dan garam, serta pandan
2) Masak atas api perlahan dan kacau sampai likat
3) Masukkan dalam bekas

Air gula:
2 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Masak gula hingga mendidih dan kemudian tapiskan