Wednesday, June 23, 2021

ROTI KACANG MERAH

 ROTI KACANG MERAH

Saya guna resepi yang sama untuk buat roti bun manis. Intinya guna kacang merah, beli siap di bakeri. Doh boleh buat 50 gm dan intinya 30 gm.
Bentuknya boleh ikut suka. Yang ni saya bulatkan sahaja. Apabila dah naik, saya potong guna gunting je. Boleh guna pisau yang tajam. Letak ceri untuk hiasan. Jangan lupa, apabila keluarkan sahaja dari oven, sapukan roti dengan marjerin supaya roti menjadi lebih lembut dan cantik berkilat.


Bahan:
500 gm tepung roti/high protein
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm super cream/ bread improver
11 gm yis kering/sepeket mauripan
265 gm air campur telur (1 biji)+(sebiji telur kemudian campurkan air hingga timbangan 265gm)
80 gm butter

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan masukkan dalam breadmaker. Tekan setting Dough
2) Jika tiada breadmaker, campurkan semua bahan kering, selepas itu masukkan bahan cair dan uli sekata hingga tidak melekat dan elastik. Selepas itu tunggu hingga naik,tumbuk buangkan angin.
3) Bentukkan bulat dengan penuh kasih sayang. Letakkan inti kacang merah. Boleh terus gunting beberapa bahagian seperti gambar. Ataupun tunggu sehingga naik dua kali ganda baru potong dengan pisau yang tajam.
4. Tunggu hingga naik seganda bolehlah dibakar dengan penuh kasih sayang.











No comments:

Post a Comment