Wednesday, December 14, 2016

KUIH SAGU

KUIH SAGU
Teringat buat kuih ni semasa melawat arwah ibu mertuaku di rumah birasku Julie...


Bahan/Cara
Sagu biji warna merah
gula
kelapa parut putih
sedikit garam

1. Sagu biji dibasuh dan ditoskan airnya
2. Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu & gula secukup rasa ..masak sehingga jernih dan dikacau..air boleh ditambah jika sagu masih berbiji dan berwarna putih
3.  Jika sudah jernih, toskan sagu yang telah dimasak itu dibawah air sejuk/air paip untuk dibuang kanjinya
4.  Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan
5.  Apabila telah sejuk, gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
6. Siap untuk dihidangkan dengan kasih sayang

No comments:

Post a Comment