Friday, January 17, 2014

KEK COKLAT LEMBAB

KEK COKLAT LEMBAB
Ini resepi kek coklat pertama yang saya buat hampir 20 tahun yang lalu...saya kongsikan disini supaya boleh digunakan oleh anak-anak atau sesiapa sahaja yang berminat...kek ini pernah saya bawa untuk jamuan di kelas semasa mengajar di convent klang, dan juga sebagai hantaran pertunangan anak saudara....hehehe..teringat nostalgia pulakkk..




Bahan:
2 3/4 cawan tepung superfine/tepung kek
2 cawan gula kaster
1 1/2 cawan mentega
1 1/4 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan air sejuk
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 biji kuning telur

Cara:
1) Tepung dan koko di ayak dua kali..(saya kalau malas, ayak sekali jer..hehe)
2) Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji sebiji
3) Masukkan tepung selang seli dengan air sedikit sedikit, kacau sebati
4) Bakar dengan suhu 180 darjah hingga masak
5) Boleh letak toping jika suka dan hidang dengan kasih sayang..

Toping
1 tin besar susu pekat
1 1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
sedikit garam

coklat rice/ badan/parutan coklat- untuk tabur

Cara:
1)  Campurkan semua bahan kecuali vanila  dan masak secara double boiler
2) Apabila hampir pekat dan berkilat, masukkan vanila
3) Tuang atas kek bila suam sedikit...


4) Taburkan kepingan badam yang dipanggang atau parutan coklat


KEK NI MEMANG SEDAPPP..CUBALAH..

No comments:

Post a Comment