Friday, January 17, 2014

KEK COKLAT CHEESE

KEK COKLAT CHEESE
Lama dah anak buat kek ni..tapi baru berkesempatan..kebetulan pulak nak berkumpul di rumah ibu mertua sempena cuti...hmmm layan lahh...
Bahan :
A) 2 cawan tepung naik sendiri
    1 cawan serbuk koko
    1 sudu teh baking powder
    1/2 sudu teh soda bikarbonat

    Ayak semua bahan

B) 1 cawan minyak masak
    1 cawan susu pekat
   1 cawan susu cair
   2 biji telur
   1 cawan gula kastor

    Putar bahan/ atau kacau guna senduk/whisk

C) 250 gm cream cheese
     1 sudu besar  tepung gandum
     1 biji telur
     1 sudu air biasa
     4 sudu besar gula kastor
    
    Pukul semua bahan hingga lembut dan sebati

Cara:
1)  Griskan loyang dan letak kertas minyak
2)  Masukkan A ke dalam B- kacau sebati
3)  Ambil separuh adunan dan masukkan dalam loyang, kukus dalam 25-30  minit
4)  Masukkan adunan cheese pula dan kukus lagi dalam 20-25 minit
5) Masukkan separuh lagi adunan dan kukus sehingga masak
6) Angkat dan hidang dengan kasih sayang...kalau suka boleh letak toping dan taburkan badam..ikut kreativiti dan kesukaan masing masing...

Toping
1 tin besar susu pekat
1 1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
sedikit garam

Cara:
1)  Campurkan semua bahan kecuali vanila  dan masak secara double boiler
2) Apabila hampir pekat dan berkilat, masukkan vanila
3) Tuang atas kek bila suam sedikit...
4) Taburkan kepingan badam yang dipanggang atau parutan coklat

No comments:

Post a Comment