Friday, August 16, 2013

MURTABAK POPIA

MURTABAK POPIA

                            

Macam tak sangka saya boleh buat murtabak sendiri, walaupun guna kulit popia tapi rasanya wahhh macam murtabak jual kat pasar malam laa...jom lah cuba...



Bahan:

Untuk Inti
1 bungkus daging cincang ramly
2-3 ulas bawang putih- potong dadu
2 labu bawang besar- potong dadu
1 paket rempah kari ayam/daging
2 tangkai daun sup
garam secukup rasa
minyak

kulit popia seukupnya
4 biji telur
1 labu bawang besar-hiris dadu

                          
Cara:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan daging dan rempah kari, kacau sampai masak dan akhir sekali masukkan daun sup. Sejukkan dan simpan dalam peti ais kalau tak mahu gunakan segera.
2) Apabila hendak buat murtabak. campurkan telur, bawang dan inti, kacau sekata.
3) Ambil sekeping kulit popia, bentangkan dalam kuali non stick yang telah diletak sedikit sahaja minyak, masukkan inti daging,, lipatkan dan goreng seperti orang goreng murtabak kat pasar malam tu...
4) Apabila telah garing, boleh diangkat dan hidang dengan kasih sayang...minum teh o panas...perghh...






2 comments: