Sunday, August 25, 2013

KEK CHEESE

KEK CHEESE
                           
Baru nak upload gambar kek semasa birthday anak bongsu saya  Ahmadi Imran Fiqry pada 13 Ogos 2013 yang lalu...genap umurnya 6 tahun.... dia mintak supaya dibuatkan 2 biji kek...amboi amboi..nasib bukan 6 biji kek....



Bahan base:
1 bungkus biskot oreo yang telah dihancurkan
50 gm almond nib
110 gm mentega cairkan

Campurkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut, gaul sebati dan tekan dalam loyang. Gunakan loyang yang loose base. Bakar dalam 10 minit, 160 darjah celcius.
Base ni boleh ikut suka nak guna biskut apa.

Bahan Filling: 
500 cream cheese-saya guna philadelphia
250 whipping cream UHT-saya guna jenama pauls
30 gm butter-saya guna buttercup jer
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
4 biji telur
1 sudu perahan lemon/kalau takde guna je sunquick pun boleh..

Cara:
1) Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut, masukkan gula, dan whipping cream
2) Masukkan tepung jagung, dan telur sebiji demi sebiji, putar perlahan hingga sebati
3) Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam base biskut tadi
4) Balut loyang dengan aluminium dan bakar secara water bath 160 darjah hingga masak.
5) Sejukkan semalaman dalam peti ais dan bolehlah dihias di atasnya
6) Jika suka boleh hias dengan fresh cream mengikut kreativiti dengan penuh kasih sayang...

happy 6th birthday imran...

No comments:

Post a Comment