Monday, December 1, 2014

KEK CHEESE STRAWBERRY

KEK CHEESE STRAWBERRY
                            
Melayan cheese cake sempena birthday encik suami...

Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
strawberry  filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan strawberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hiaslah dengan kasih sayang....




No comments:

Post a Comment