Sunday, December 7, 2014

CHEESE TART

CHEESE TART
Hari ni saya buat blueberry cheese tart..permintaan anak-anak..so layankan jer la..walaupun badan kurang sihat sebenarnya...kebetulan semalam juga saya buatkan cheese tart ni untuk jiran sebelah yang buat kenduri tahlil..jadi ada lebih banyak lagi cheese..itu yang rajin sikit melayan permintaan anak-anak..alhamdulillah semua suka...dan saya pun gembira juga kerana cheese yang saya buat kali ini menjadi dan cantik...rupa-rupanya disebabkan telur...semalam saya gunakan 500 gm cream cheese dengan 3 biji telur gred B..barulah menjadi cantik cheesenya...alhamdulillah...


Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila 

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan

Filling:
250 cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur gred A (kalau kecil guna 2 biji)
1/2 sudu besar buttercup
sedikit perahan lemon


Cara:
1) Campur semua bahan filling dan pukul hingga gebu
2) Masukkan blueberry filling ke dalam tart shell dan kemudian masukkan pula cream cheese
3) Hiaslah diatasnya dengan lukisan atau corak yang digemari.
4) Bakar dalam oven 160 darjah selama 10 minit..jangan hangus pulak cream cheese nya ya
5) Angkat dan hidang dengan kasih sayang..





No comments:

Post a Comment