Saturday, January 18, 2014

SERIMUKA PANDAN

SERI MUKA PANDAN
Buat lagi seri muka ni atas permintaan suami..suka benar makan seri muka sekarang...untuk muka supaya berseri..hehehe...jom lah layan yer...


Lapisan bawah:
500 gm pulut susu -rendam selama 4-5 jam
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan
2 biji kuning telur
sedikit pewarna hijau/pandan paste

1) Kisar semua bahan, panaskan atas api sekejap sahaja dan kacau.
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk.
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...

No comments:

Post a Comment