Sunday, March 31, 2013

COTTON CARAMEL CHEESECAKE

COTTON  CHEESECAKE CARAMEL

Hari ni buat cotton caramel cheesecake..nama asalnya Japanese cotton caramel cheesecake..tapi saya lebih suka guna cotton cheese cake jer..Camne nak buat cake ni..owhh..ni sebenarnya kombinasi karamel dengan cotton cheese cake . Cara buatnya begini:

Gula hangus
2 Sudu besar gula- masukkan dalam loyang yang kita hendak gunakan untuk membakar kek, panaskan guna api kecil sahaja sampai kekuningan, biarkan sejuk

Bahan Karamel

6 biji kuning telur
1 tin susu cair Ideal
3 sudu besar gula
sedikit esen vanila
Kacau semua bahan dengan perlahan dan masukkan dalam loyang gula hangus

Bahan A
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm susu segar/susu penuh cream

Bahan B
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan C
4 biji kuning telur

Bahan D

4 biji putih telur
100gm gula kaster
1/8 sudu kecil cream of tartar
secubit garam

Cara:
1) Satukan bahan A, masak secara double boiler, ketepikan
2) Masukkan Bahan B, C, kacau dengan whisker sahaja
3) Pukul bahan D sampai bertanduk
4) Masukkan bahan D dalam adunan tadi secara kaup balik
5) Masukkan dalam loyang karamel tadi perlahan lahan
6) Bakar 160 darjah secara water bath sampai masak lebih kurang 1 jam-bawahnya loyang berisi air sedikit sahaja
7) Apabila sudah masak, angkat dan biarkan sejuk
8) Terbalikkan, hiaskan dan hidangkan dengan kasih sayang





No comments:

Post a Comment