Saturday, May 17, 2014

CUSTARD TART

CUSTARD TART
Hari ni meluangkan masa untuk mengisi entry ni...keluarkan gambar gambar lama yang belum dimasukkan..yang senang dibuat...jom tengok....

Bahan Pastri:
250 gm buttercup
150 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
sedikit esen vanila jika suka

Cara:
1) Campurkan semua bahan dan uli dengan hujung jari hingga sebati
2) Ambil sedikit sedikit dan tekankan ke dalam bekas mengikut bentuk
3) Cucuk dengan garpu sedikit di tengah-tengahnya
4) Bakar 170 darjah hingga sedikit perang, jangan terlalu perang atau hangus..
5) Angkat dan biarkan sejuk, keluarkan dari acuan
6) Simpan dalam bekas kedap udara. Simpan pun kenalah dengan kasih sayang...supaya tahan lama..

CUSTARD 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.  Paipkan guna piping bag ke dalam shell tart yang telah disiapkan lebih awal tadi. Kalau nak lebih sedap, masukkan ke dalam peti sejuk,,pasti nyaman gitu,...

Hiasan:
Buah strawberry secukupnya- hias ikut kreativiti...

BLUEBERRY CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE
Ni sebenarnya gambar lama..tapi terlupa nak masukkan dalam blog ni..hehehe...jangan marah...tapi kek ni memang senang dan sedap...tak heavy sangat rasanya....saya sharekan resepinya....moga bermanfaat untuk semua yang ingin mencuba...
Bahan:
(A)
300 ml susu segar
150gm cream cheese
110 gm mentega

(B)
3 biji kuning  telur

(C)
3 biji putih telur
90 gm gula kastor

(D)
110 gm tepung gandum-ayak

(E)
1 sudu teh esen vanila

(F)
blueberry filling secukupnya

Cara:
1) Cairkan bahan A dengan api perlahan, kacau, dan sejukkan
2) Pukul Bahan B, dengan whisk jer pun tak per hingga agak pekat
3) Pukul bahan C hingga bertanduk
4) Masukkan Bahan D, E dalam A, kacau sebati
5) Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik sahaja
6) Masukkan sedikit adunan dalam loyang 8 inci, letak sesenduk atau dua senduk dan kemudian letakkan blueberry filling, ikut ler macammana nak letak..boleh buat lingkaran juga-masukkan dalam plastik, gunting  dan picit jadi macam lingkaran ubat nyamuk....selepas itu letak lagi sesenduk atau dua senduk adunan..ulangi hingga selesai....
7) Masukkan dalam oven.175 darjah.bakar  secara water bath...hingga masak lebih kurang 1 jam
8) Dah masak, keluarkan ler..dan hidanglah dengan kasih sayang....



CREAM PUFF SNOW

CREAM PUFF SNOW
Hari ni saya menyiapkan tempahan cream puff....alhamdulillah siap mengikut waktunya.....saya tabur gula icing banyak banyak...kemudian saya tapiskan pula snow powder bagi meriah gitu,,,tu lah jadi namanya cream puff snow...jom cuba buat sendiri..pasti jadi...

PUFF:

100 gm margerin
250 gm air
125 gm tepung gandum-ayak
3 biji telur
sedikit garam

Cara:
1.  Kacau margerin dan air atas api kecil sampai larut, masukkan garam
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dan jadi doh yang tak melekat, tapi dohnya memang nampak lembik sikit, angkat dan ketepikan
3.  Apabila sejuk, masukkan telur dan kacau- saya guna mixer secara perlahan
4.  Picitkan adunan guna nozzle bintang ke atas dulang pembakar dan picitkan ikut bentuk bulatan. Picit pun kenalah dengan kasih sayang..
5.  Masak 180 darjah sampai kekuningan
6.  Apabila sejuk, potong 2 dan masukkan filling, dan boleh tapiskan gula icing diatasnya supaya nampak cantik dan sedap..kalau nak lagi cantik, tapiskan snow powder...warna putih kekal lebih lama berbanding gula icing...
7.  Boleh leh dihidangkan dengan kasih sayang...


CUSTARD CREAM FILLING
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:
Kacau dengan kasih sayang semua bahan atas api perlahan sampai likat, kemudian sejukkan.

JOM CUBA...

Saturday, May 10, 2014

ROTI BUTTERSCOTCH

ROTI BUTTERSCOTCH
Hari ni penat sebenarnya...seharian di universiti menghadiri seminar....balik sampai rumah dah pukul 6.30 petang...mulanya rasa nak buat roti biasa jer sebab nak cicah dengan kuah kari yang suami beli tapi jadi roti ni pulakkk...guna bahan yang ada di rumah jer..alhamdulillah sedapp rupanya roti ni..patutlah dikatakan menjadi kegilaan peminat-peminat roti sekarang...hehehe..apa lagi..jom ler cuba buat..dah lah senang,....sedap pulak tu..pasti menambat selera.....hilang segala penat....


Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan susu full cream (ada orang guna yogurt asli)
1/4 cawan minyak daisy
1/2 cawan air suam
sedikit garam

Cara:
1) Campurkan semua bahan, dan uli hingga licin jika ada bread maker, masukkan dalam bread maker dan tekan setting dough
2) Apabila sudah diuli, biarkan sehingga doh naik kembang, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
3) Bulat-bulatkan dan letakkan di dalam loyang, tunggu sehingga naik sekali ganda barulah di bakar
4) Bakar suhu 180 darjah hingga kekuningan
5) Angkat dan curahkan sos butterscotch di atasnya...
6) Hidangkan dengan kasih sayang....
Ni roti dah mengembang...nak cepat kembang senang jer tipsnya..letakkan di bawahnya periuk yang berisi air panas, dan tutup loyang dengan kain bersih yang dibasahkan...
 Hmmm....taburlah apa yang ada kat rumah tu...badam ker...bijan ker....kismis ker...ikut suka...tak nak pun tak per....
 Apabila dah masak jer...angkat dan curahkan butterscotch di atasnya......
Butterscotch
25 gm butter
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula perang
esen vanila
sedikit garam

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana, kacau hingga sebati dan gula hancur.


 Masa nak makan kalau ada lagi lebihan butterscotch tu..boleh ler siramkan lagi....melelehhhh.....
JOM LAH CUBA...SENANG JER...

Friday, May 9, 2014

SERI MUKA GULA MELAKA

SERI MUKA GULA MELAKA
Pagi-pagi lagi kuih seri muka saya dah siap..tapi kali ni saya guna gula melaka pemberian sahabat Sal Lawa.....terima kasih..semalam saya guna buat buah melaka,,dan hari ni saya guna buat kuih ni..hmmm terima kasih daun keladi,,,lain kali kasi lah lagi yer Sal lawa....

Jom tengok cara mudah saya.....
Lapisan bawah:
500 gm pulut susu -rendam selama 2-3 jam pun cukup
2 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak.atau letak plastik
2) Campurkan semua bahan dan kukus selama 20 minit. 
3) Selepas 10 minit dikukus, kacau pulut dalam loyang supaya santannya sekata.
4) Apabila sudah diangkat, tekan dan ratakan pulut dengan senduk.

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu garam halus
2 cawan santan
3/4 cawan gula-kurangkan kalau tidak mahu terlalu manis
1 cawan air gula melaka (gula melaka dalam 2 ketul besar)-masak letak daun pandan,-tapis
1 biji kuning telur

1) Kisar semua bahan dengan kasih sayang
2) Masukkan pula ke dalam pulut tadi.  Kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak masuk...kukus lagi lama lagi bagus..tapi jangan ler berjam-jam pulakkk, dalam 45 -1 jam pun ok..
3) Angkat dan sejukkan
4) Apabila telah sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik supaya cantik.  Hidangkan dengan kasih sayang...



JOM CUBA KUIH TRADISI KITA

Thursday, May 8, 2014

BUAH MELAKA

BUAH MELAKA
Selera tradisi lagiii......Anak dara puasa hari ni..minta buat buah melaka..layan jer la....bagus jugak..boleh buat minum petang..dan paling penting sekali....senang.....
........jom layan... 

Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
gula melaka-potong kecil kecil
pewarna hijau
kelapa parut putih campurkan dengan sedikit garam halus

Cara:
1) Uli dengan kasih sayang tepung pulut, tepung beras, campurkan sedikit demi sedikit air hingga boleh digentel
2) Ambil secubit adunan dan isikan dengan gula melaka
3) Didihkan air dan masukkan tepung yang sudah digentel tadi hingga timbul
4) Apabila timbul maknanya sudah masak dan boleh diangkat, celupkan sebentar dalam air biasa
5) Angkat guna tapis dan golek-gplekkan pada kelapa parut
6) Boleh dihidangkan dengan kasih sayang....


SELAMAT MENCUBA KUIH TRADISI KITA...

Sunday, May 4, 2014

PERIA KACANG MERAH

PERIA KACANG MERAH
Hari ini buat kuih tradisi ni....memang sedap..meh cuba buat...inilah pertama kali dalam hidupku buat kuih ni..alhamdulillah....
 Bahan:
3 cawan tepung pulut
1 cawan santan pekat, boleh tambah sedikit air jika masih susah nak uli
sedikit garam
sedikit minyak
pewarna hijau
inti kacang merah. atau kelapa

Cara:
1) Campurkan tepung pulut, santan, garam, uli hingga likat
2) Bulat bulatkan dan kemudian isikan inti, kemudian bentukkan bujur sedikit, letakkan sedikit minyak di tapak tangan supaya tak melekat
3) Gunakan lidi pencungkil gigi yang bersih yer... untuk bentukkan garisan, mula mula tekan memanjang ke bawah di tengah. kemudian kiri dan kanan pulal
4)  Letakkan daun pisang pada pengukus..kalau takde guna plastik pun boleh jer, atau daun pandan..kukus dalam 10 hingga 15 minit atau hingga masak
5) Angkat dan hidangkan dengan kasih sayang...




Haa.....tu dia rupanya....kena buat kecil kecil sikit sebab apabila sudah dikukus, kuihnya agak mengembang sikit jer ...tak kembang banyak pun.....